Jom sAMa2

Mekasih Jalan2 Kat Sini

11 January 2012

"Aku Memilih Untuk Pergi"

Bagi aku saat yang menggembirakan adalah sewaktu memandang wajah dia yang berseri ceria apabila memandang wajah aku yang muncul apabila setahun sudah berlalu…

Tanpa ku duga,  saat itu bagai lenyap hanya dalam sekelip mata…, pabila sekilas senyuman pun tidak ku dapat gilapi, jauh sekali untuk kukecapi…

  • Bagi insan-insan yang dalam perlumbaan cinta, saat inilah yang ditakuti…saat apabila rasa cinta sudah tiada…

Jauh disudut hati aku mahu merasakan kasih darinya… tetapi, keceriaan itu rupa-rupanya bukan milik aku. Terasa seperti aku kehilangan sesuatu yang tidak pernah aku ada… bayangkan betapa pilunya rasa… cinta itu pun tidak pernah aku miliki… kini aku terlepas jauh pula untuk memilikinya.

Kadang terasa adakah aku begitu buruk untuk dia? Adakah aku ni tidak bisa memberi sepenuh kebahagiaan kepadanya?...

Aku selalu berdoa moga suatu hari nanti aku dapat melihat dia melompat kegembiraan apabila melihat aku setelah sekian lama tidak berjumpa…

Sedih…sedih sangat, menghadapai wajah tanpa cinta… aku tidak mahu itu… wajah tanpa rasa… tiada sinar….mendatar tanpa cahaya….  Bukan wajah sebegitu yang ku harapkan tetapi itulah yang aku dapati…wajah yang tidak menginginkan aku di situ…

  • Namun… aku pun tidak mahu dia berlakon suka, sedangkan hatinya pada yang lain… Jadi, tak apalah… biarlah kejujuran dari wajahnya yang tidak segembira mana melihat aku itu… aku simpan di dalam hati menjadi pemberi semangat untuk aku…
  • Kerana, aku memilih untuk pergi…pergi buat untuk kesekelian kali. Bukan aku menyerah kalah tetapi lebih baik begini… perit untuk aku terus mengharap bulan jatuh ke riba… sedangkan aku tahu jiwa bulan sudah mengambang disebelah sana.

… Mungkin inilah takdirnya…aku tidak mahu hanya menjadi pengubat rindu dikala kau sendu, dilaku senda kala kau bahagia… Ya, aku sayang kamu, tetapi memilih untuk pergi, kerana itu yang terbaik…

credit to:
Razzi Rahman @ Brother Love

-Syaziah2105-
12.53pm

No comments: